2 November 2011

TANGGUNGJAWAB GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA



  • GBKSM hendakalh saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan profesionalismenya .



  • GBKSM hendaklah menunjukan sikap menghormati , adil dan terbuka terhadap rakan profesionnya .



  • GBKSM bertanggungjawab mengingatkan rakan profesional mengamalkan nilai-nilai dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang sepatutnya .



  • GBKSM hendaklah bersedia membantu rakan profesional yang teranja . 



  • GBKSM hendaklah memahami dan menghormati unsur sosio budaya masyarakat .

  • GBKSM hendaklah sentiasa memberi khidmat untuk memenuhi kehendak masyarakat dalam konteks pendidikan dan pembangunan murid . 

TANGGUNGJAWAB GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA TERHADAP KLIEN



  • GBKSM bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien .


  • GBKSM hendaklah menghormati hak klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa menjalankan perkhidmatan melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang - orang di persekitaranya .


  • GBKSM hendaklah memahami  dan menghormati latar belakang sosio ekonomi klien serta menerima mereka tanpa syarat .


  • GBKSM hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien serta tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri .


  • GBKSM hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya .


  • GBKSM hendaklah merujuk klien kepada pihak yang berkaitan jika mengikut pertimbanganya klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakaranya . 

KOD ETIKA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA





  • Guru bimbingan kaunseling sepenuh masa ( GBKSM) hendaklah  mematuhi undang - undang negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undang - undang tgersebut .


  • GBKSM hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan intetinti sebagai seorang GBKSM / GBSM dan integriti profesyen .

  • GBKSM hendaklah berusaha menilai dan meningakatkan pengatahuan , kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesyaenya.

  • GPKSM hendak menjalankan tugasnya dengan penuh    tanggungjawab , objektif dan jujur. 


  • GPKSM hendaklah diselia dan dinilai tugasnya oleh penyelia peofesional melalui penyeliaan lazim dan sokongan perunding .



VISI, MISI & FASLAFAH

VISI 
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan konduksif di sekolah menjelang tahun 2015.


MISI 
Untuk merealisasikan visi , kami  akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya :

  • Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan 
  • Melahirkan pelajar yang memounyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berhak mulia
  • Membimbing  pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik 
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui  program bimbingan dan kaunseling
  • Memberikan pendidikan kerjaya  bersepadu kepada pelajar
  • Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar 




FALSAFAH


Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap , berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek , jasmani , emosi , dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

29 October 2011

Lawatan Sambil Belajar Ke Langkawi

UBK telah mangadakan lawatan sambil belajar ke langkawi pada 27-29 Oktober 2011. Aktiviti ini dijalakan adalah melepas tekanan selepas pemeriksaan PMR. Aktiviti ini telah menambah ilmu pengetahuan peserta. Peserta dapat memahami tentang sejarah Langkawi dan menikmati keindahan semula jadi.

25 October 2011

Hari Graduasi Ting.5 & 6 2011

Bagi memenuhi program tahunan akademik/kurikulum SMK CHWS, satu majlis rasmi iaitu ' Majlis Graduasi ' telah di adakan di Permai Inn Hotel pada 25/10/2011 



Majlis Graduasi ini telah dijalankan dengan lancar. Setiap pelajar Ting.5 & 6 telah diberi pakaian jubah 



22 October 2011

Lawatan Pegawai KPM sempena Penilaian Prngurusan & Pencapaian Kokurikulum 2011 peringkat Kebangsaan


Majlis menyambut panel-panel dari KPM.
Panel-panel mengambil duduk di bilik mesyuarat.










Sekolah SMK Chung Hwa Wei Sin telah mewakili negeri Terengganu menyertai Pertandingan Penilaian Prngurusan & Pencapaian Kokurikulum 2011. Banyak usaha dilalukan oleh semua warga sekolah.

Sekolah kita telah mendapat tempat keenam dalam pertandingan tersebut.




Video untuk membentang untuk panel-panel.

21 October 2011

PRS Annual Dinner 2011


 

Pada setiap tahun, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) akan mengadakan jamuan akhir tahun untuk memenuhi program tahunan kelab PRS. Oleh itu, pada 21/10/2011.. Jamuan akhir tahunan PRS telah diadakan.
Booklet & Door Gft telah disediakan
AJK PRS Annual Dinner dengan Cikgu Lucy

                                   
Jamuan akhir tahun ini juga adalah untuk menunjukkan sesuatu penghargaan kepada PRS ting.5 dan juga kepada AJK PRS 2011!
AJK 2011 & AJK 2012
Guru Kaunselor
Tujuan Dinner ini juga adalah untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada PRS ting.5 dan batch PRS kepada PRS yang baru.
Jamuan ini telah diadakan di Tanjung Vista Hotel yang terdapat dewan yang sangat besar.
 Dewan yang besar itu telah memberi ruangan yang besar kepada semua ahli PRS untuk mengambil gambar yang banyak dengan pelbagai "Pattern"
Pelbagai "alatan" untuk ambil gambar
Dewan juga telah dihiaskan
Ex-PRS juga telah dijemput untuk menghadir jamuan akhir tahun


Pelbagai pose!

20 October 2011

Apakah Strategi Persediaan Psikologi Untuk Peperiksaan???

Persediaan psikologi adalah asas penting dalam hidup seorang pelajar untuk menghadapi peperiksaan. Selain daripada itu, belajar dan mengulang kaji juga perlu dilakukan untuk mencapai kecemerlangan.

  1. Perkara paling asas dalam persediaan psikologi ialah menetapkan visi dan misi untuk jangka masa panjang, jangka masa sederhana, dan jangka masa pendek dari awal.
  2. Tetapkan visi dan misi di awal persekolahan perlu untuk anda mencapai kecemerlangan terutama sekali dalam peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, dan SPM.
  3. Visi ialah tanggapan atau pandangan yang jauh dan mendalam, terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan dan sebagainya. Manakala, misi pula ialah tugas khusus yang dipertanggungjawabkan kepada atau yang akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan.

13 October 2011

Faktor-faktor kecemerlangan peperiksaan ^^

Untuk seseorang itu berjaya bukanlah mudah, tetapi itu tidak bermakna jalan untuk kecemerlangan dan kejayaan itu susah. Akan tetapi setiap kecemerlangan itu terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi iaitu pengorbanan masa, wang, dan tenaga untuk memperolehinya. Oleh itu, di sini terdapat 6 faktor yang dapat mempengaruhi kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan.




  • Persekitaran Belajar Yang Sesuai 
  1.    Persekitaran yang sesuai bermaksud persekitaran yang teratur dan terancang. Ini kerana semasa anda belajar atau mengambil peperiksaan, secara tidak langsung suasana yang aman, tenang, dan tenteram mampu mempengaruhi pemikiran anda.
  2.    Di samping itu,pelajar juga perlu memastikan tiada gangguan semasa belajar, selesa, tidak terlalu panas dan sejuk, cahaya mencukupi, dan tampal gambar yang boleh menenangkan fikiran.(Pelajar beragama Islam digalakkan meletakkan meja menghadap ke arah kiblat) 
  • Motivasi Dan Sikap Positif Yang Tinggi
  1.    'Self-talk' merupakan salah satu cara bagaimana pelajar mengawal tindakan dan rangsangan kendiri supaya membentuk satu dorongan atau keinginan yang tinggi untuk berjaya.
  2.    dorongan daripada ahli keluarga yang terdekat dapat membantu pelajar membina cita-cita. Kegagalan dan pengalaman lalu juga dapat membantu anda membentuk motivasi dan sikap positif yang tinggi supaya tidak terus mengulangi kegagalan masa lalu.

1 October 2011

Bendera & Lencana Sekolah


Visi & Misi Sekolah


Matlumat & Lagu Sekolah


Lokasi Sekolah


~Aktiviti- aktiviti UBK & PRS SMK CHWS~


  • Orientasi 
    Pada awal tahun, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan program Orientasi untuk pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan Peralihan. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membantu pelajar menyesuaikan diri dalam suasana persekolahan yang baru. Antara aktiviti yang dijalankan pada minggu orientasi adalah memberi pendedahan tentang misi dan visi sekolah, membawa pelajar untuk mengenali tempat-tempat baru, mendedahkan tentang sistem pentadbiran sekolah dan sebagainya. 



  • Reorientasi
   Warga sekolah SMK Chung Hwa Wei Sin terus dan sentiasa berhadapan dengan pelbagai masalah pendidikan yang semakin mencabar. Ia perlu dihadapi dengan matang, sabar, berilmu dan bijaksana. Usaha seperti reorientasi seumpama ini diharapkan merupakan di antara pencetus dan penggerak kepada banyak lagi usaha secara kolektif membimbing pelajar ke arah memperkasakan diri dan akal budi. Matlamat program ini adalah untuk mendedahkan pelajar-pelajar dengan maklumat-maklumat asas kokurikulum serta asas kendiri yang jelas demi memantapkan personaliti pelajar keseluruhannya dalam permulaan persekolahan tahun baru. Program ini memberi taklimat, ceramah, dan latihan kepada pelajar-pelajar.

  • Hari Kesedaran Kerjaya ARK 
    Perubahan ekonomi, globalisasi dan perubahan teknologi memberi kesan langsung terhadap dunia pekerjaan. Perubahan yang berlaku dalam dunia pekerjaan mempengaruhi pasaran kerja dan penawaran terhadap bidang latihan dan pendidikan di pusat-pusat latihan dan institusi pengajian tinggi.
    Sehubungan itu, usaha seperti Hari Kesedaran Kerjaya Ark adalah penting dalam membantu pelajar berhadapan dengan pelbagai isu perkembangan kerjaya. Program ini dijalankan untuk pelajar Tingkatan 5

30 September 2011

Buletin Xinyi

Buletin Xinyi merupakan salah satu buletin yang dikeluarkan pada setiap bulan. Buletin ini mengandungi pelbagai info-info yang terkini sebagai panduan untuk pelajar dalam kurikulum dan kokurikulum. Di samping itu, buletin ini juga ada berbagai-bagai cerita yang membawa makna yang amat penting dalam kehidupan kita. Di dalam juga terdapat ruang-ruang untuk hasil-hasil pelajar.

29 September 2011

Etika PRS....


  1. Amanah
  2. Memberi pertolongan secara jujur dan ikhlas
  3. Tidak mengambil kesempatan
  4. Menghormati hak rakan berkongsi perasaan dan menerima tanpa prasangka

20 September 2011

~Objektif & Matlamat PRS~


  • Membina pasukan PRS yang terlatih dalam member pertolongan kepada rakan.
  • Melatih PRS dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi dengan berkesan dengan rakan dan individu lain.
  • Membina satu perkhidmatan sokongan dalam Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam perkhidmatan ini.

6 September 2011

Apakah Fungsi PRS ???


  1. Golongan remaja boleh berkomunikasi dengan lebih berkesan antara mereka yang berumur sebaya atau hampir sebaya.
  2. Pengaruh rakan sebaya adalah lebih kuat daripada pengaruh orang dewasa.
  3. PRS yang berkesan dapat mendampingi rakan yang sukar didampingi oleh kaunselor pelajar atau guru-guru lain.
  4. Membantu melancarkan aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling.
  5. Menjadi pendengar yang peka/berkesan kepada curahan rasa hari dan memberikan sokongan emosi kepada rakan yang sedang dalam krisis (kepekaan).

Perasmian Dewan Baru SMKCHWS

Sekolah SMKCHWS telah merasmikan dewan baru pada 4/9/2011.

30 August 2011

Siapa PRS????

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah mula ditubuhkan di semua sekolah menengah di Malaysia pada tahun 1987. PRS merupakan satu program sokongan kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah di mana ianya cuba membantu memenuhi tuntutan pelajar dalam bidang akademik, peribadi, kerjaya, rohani, jasmani dan emosi sesuai dengan harapan Falsafah Pendidikan Negara. Adalah dijangkakan seseorang PRS yang terlatih akan mampu menjadi pemimpin pelapis di sekolah secara berkesan, bertimbangrasa serta peka terhadap perasaan dan reaksi rakan mereka.

PRS boleh dianggap sebagai “Kaunselor Sebaya” yang dilantik samada sukarela atau dipilih, mereka memberikan pertolongan kepada rakan-rakan sebaya dengannya. Mereka bukan ahli profesional tetapi berupaya menggunakan kemahiran asas kaunseling untuk menolong rakan.

PRS ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang rakan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas untuk member nasihat dan tidak menyelesaikan masalah rakan tetapi ia menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela memberikan khidmat dalam sistem sekolah.

PRS boleh diertikan sebagai Kaunselor Sebaya, Pembantu pelajar, Pembimbing Rakan, Peer Group Leader dsb.

9 August 2011

Mesyuarat Agong PRS 2011

Mesyuarat Agong PRS 2011 telah dijalankan di bilik kauseling kelompok pada 8/8/2011. Pemilihan AJK telah dijalankan dan keputusan adalah berikut: Pengerusi : Khor Boon Soon Naib Pengerusi : Kho Jean Ee Setiausaha : Tan Hwee Mun Naib Setiausaha : Tok Yuin Chi Bendahari : Phua Wei Yang Naib Bendahari : Leow Jia Wen AJK Tingkatan AJK Tingkatan 2 : Tok Yuin Lin AJK Tingkatan 3 : Chong Chian Yun AJK Tingkatan 4 : Choy Yang Qun AJK Tingkatan 5 : Michelle Chong Siew Yan

22 July 2011

Ceramah Motivasi oleh Dr. Lim Boon Keong

Pihak UBK sekolah telah bekerjasama dengan Lion Club cawangan Terengganu mempersilakan  Dr. Lim Boon Keong untuk memberi ceramah untuk pelajar SMR.


Banyak pelajar telah mengambil ingatan dari beliau.

21 July 2011

Gui Hui Tian



           BIODATA    KAUNSELOR         


NAMA PENUH :  GUI HUI TIAN      
JANTINA : PEREMPUAN      
KETURUNAN : CINA   
TARIKH LANTIKAN SEBAGAI GBKSM SEK. MEN / REN :  2.5.2002    
TARIKH DISAH DALAM JAWATAN SEKARANG :  1.11.2002    

KELAYAKAN AKADEMIK TERTINGGI : SIJIL PERGURUAN   
TAHUN : 1993    INSTITUSI : MAKTAB PERGURUAN TERUNTUM               

KELAYAKAN IKHTISAS : BAC.PENDIDIKAN(BIMBINGAN & KAUNSELING
TAHUN : 2000        
INSTITUSI : UPMT  

KELAYAKAN DALAM BIDANG KAUNSELING BAC.PENDIDIKAN(BIMBINGAN & KAUNSELING
TAHUN : 2000       
 INSTITUSI : UPMT    

ALAMAT KEDIAMAN :  823-L , JALAN DATO'AMAR, BATU BURUK , 20400,
                                          KUALA TERENGANU , TERENGGANU .                    


NO.TELEFON RUMAH : 09-6245840                                                                      
NO.TELEFON BIMBIT : 013-9651282                                                                     

Wan Mat Nor b. Wan Omar


BIODATA    KAUNSELOR 


NAMA PENUH :  WAN MAT NOOR BIN WAN OMAR       
JANTINA : LELAKI        
KETURUNAN : MELAYU      
TARIKH LANTIKAN SEBAGAI GBKSM SEK. MEN / REN :  1.9.2002       
TARIKH DISAH DALAM JAWATAN SEKARANG :  1.1.2003       

KELAYAKAN AKADEMIK TERTINGGI :  IJAZAH SARJANA MUDA         
TAHUN : 2000    INSTITUSI : UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA            

KELAYAKAN IKHTISAS : SIJIL PENGURUSAN MALAYSIA       
TAHUN : 1991    
INSTITUSI : MAKTAB PENGURUSAN IPOH , PERAK          

KELAYAKAN DALAM BIDANG KAUNSELING :KDP 14 MINGGU GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING 
TAHUN : 2005    
INSTITUSI : MAKTAB PENGURUSAN TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN SARAWAK     

ALAMAT KEDIAMAN :  LOT 20169 , TAMAN PERMIT PERDANA 3 , KAMPUNG BATIN ,SEBERANG TAKIR ,    21300 , KUALA TERENGGANU , TERENGGANU .    


NO.TELEFON RUMAH : 09-6673673      
NO.TELEFON BIMBIT : 014-8193673     


16 July 2011

Lawatan Sambil Belajar ke TATi

Untuk lebih memahami tentang IPTA, UBK telah mengadakan lawatan sambil belajar ke TATi, Kemaman Terengganu. Rombongan ini disertai oleh 40 pelajar dan 3 orang kaunselor.
Sepanjang berlawat ke IPTA ini, peserta dapat memasuki bengkel kerja dengan pimpinan orang yang bertugas. Ini boleh memudahkan pelajar memahami tentang prosedur dan lankah-langkah keselamatan apabila memasuki bengkel dan sebagainya.

13 July 2011

Pameran dan Ceramah TUDM 2011

Pasukan TUDM talah mengadakan pameran dan ceramah di sekolah kami pada 10/7/11.

Tujuan pasukan TUDM mengadakan pameran dan ceramah di sekolah kami adalah menarik minat pelajar yang berbangsa cina menyertai pasukan mereka.


Banyak pelajar telah mengambil iktibar dari pemeran dan ceramah ini.

9 July 2011

Majlis Perpisahan Encik Riduan

PRS SMKCHWS telah mangadakan majlis perpishan En Riduan sempana beliau ditukar ke sekolah lain.

Beliau telah mengucap terima kasih kepada semua warga UBK dan minta maaf jika tersalah cakap.

17 June 2011

Expo pendidikan

Expo Pendidikan adalah salah satu aktiviti yang dijalankan oleh pihak UBK pada setiap tahun.




UBK akan bekerjasama dengan Further Studies Intelligence (FSI) dan Yayasan Prihatin. Aktiviti ini merupakan expo yang berkaitan dengan pendidikan yang terbesar di Kuala Terengganu.


 Pada tahun ini terdapat 24 IPTS yang mengadakan pameran di dewan sekolah kami. Melalui program ini, pelajar-pelajar dapat memperolehi maklumat terkini IPTS di nagara kita.

Expo pendidikan ini juga dikunjungi oleh ibubapa dan pelajar sekolah lain.

7 June 2011

Bilik Unit Bimbingan dan Kauseling

Bilik Unit Bimbingan dan Kauseling SMKCHWS di blok A, SMKCHWS.
Terdapat dua Bilik Unit Bimbingan dan Kauseling, iaitu bilik guru  Bimbingan dan Kauseling dan Bilik kauseling kelompok.

17 March 2011

Kem Kursus Asas PRS












Pada 15 Mac 2011, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Kem Kursus Asas PRS di Bilik Kaunseling Kelompok. kem ini diadakan khusus untuk pelajar yang baru menyertai PRS. Melalui kem ini, ahli baru PRS didedahkan tentang kemahiran asas yang perlu ada pada seorang PRS seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan sebagainya.

15 March 2011

Kem KursuS Lanjutan PRS

Kem kursus lanjuatan dianjurkan untuk semua ahli lama PRS. Objektif kem ini ialah menitikberat tanggungjawab dan tugas yang lebih mendalam. pada tahun ini, terdapat 40 orang ahli dan 15 orang AJK. pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang kem tersebut, antaranya 'detective', 'night walk', slot-slot kaunselor pelajar dan sebagainya. kem ini diadakan untuk memperbaharui info dengan ahli lama PRS supaya mereka sentiasa dalam keadaan bersedia berkhidmat. Pelbagai aktiviti diadakan supaya dapat mencungkil bakat dalam kepimpinan bekerjasama dan sebagainya

11 March 2011

Hari Kesedaran Kerjaya Ark Tahun 2011














     Kerjaya Ark merupakan salah satu aktiviti yang berkaitan dengan kerjaya yang dianjurkan oleh pihak UBK. Ini dapat membantu pelajar mengenalpasti minat, hobi, personaliti den mengenali kerjaya serta peluang bekerja yang sedia ada pada zaman ini dengan manjalankan pelbagai ujian yang disediakan.
Sasaran pada tahun ini adalah bagi semua pelajar sekolah menengah atas(SMA). Aktiviti ini telah memberi banyak faedah kepada pelajar yang menyertai. Pelajar juga dapat mengenali personaliti sendiri.

9 January 2011

BIDANG / PROGRAM / AKTIVITI PERKHIDMATAN UBK TAHUN 2011

1 PENTAKBIRAN DAN PENGURUSAN 
1.1 Rekod sesi individu dan kelompok
1.2 Laporan sesi individu dan kelompok
1.3 Laporan tahunan /auditan hasilan
1.4 Carta organisasi UBK / Kelab B&K / PRS
1.5 Kewangan (PCG)
1.6 Setiausaha mesyuarat UBK
1.7 Sistem Fail
1.8 Borang-borang
1.9 laporan Aktiviti / program
1.10 Buku pelawat
1.11 Buku stok
1.12 Buku kehadiran klien


2 PELAKSANAAN PROGRAM AKADEMIK & PENILAIAN
* Kemahiran Belajar (tingkatan 1,2,3)
*Strategi Menghadapi periksaan (PMR)
*Strategi Menghadapi periksaan (SPM)
*Taklimat Pakej
*Pameran IPTA /IPTS (Ekspo Pendidikan )
*Ceramah bidang-bidang kemahiran
* Pengurusan Kemasukan ke MRSM/SBP
*Pengurusan kemasukan ke Matrikulasi / pembelian NO Unik ID
* Pengurusan kemasukan ke IPTA / pembelian NO Unik ID
*Pengurusan Persedian Ke sekolah Menengah (FEEDER SCHOOL)
* Pengumuman Keputusan PMR
*Pengumuman Keputusan SPM
*Program Kaunseling Berfokus Akademik
- CEMERLANG
-GALUS


3 PELAKSANAAN PROGRAM KERJAYA
* Maklumat Kerjaya
* Pameran Kerjaya
* Inventori Kerjaya
*Program Perekayasa B&K
* Pertandingan Blog
* Pertandingan Fecebook


4 PELAKSANAAN PROGRAM PSIKOSOSIAL DAN PENILAIAN 
* Program gerakan pendidikan keremajaan murid perempuan " program ingat sebelum terkena"
* Aktiviti motivasi tingkatan 4
* Lawatan sambil belajar
* Program orientasi tingkatan peralihan & tingkatan 1
* Program reorientasi tingkatan 2,3,4 & 5




5 PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH / ROKOK /HIV / AIDS 
* Pameran pendidikan pencegahan dadah /HIV/AIDS
* Kempen Anti Merokok


6 PELAKSANAAN PROGRAM KEIBUBAPAAN DAN PENILAIAN 
* Konsultasi keibubapaan
*Konsultasi Keibubapaan (Majlis Penyerahan Keputusan Peperiksaan )
* Lawatan ke rumah orang tua
* Ceramah keibubapaan ( Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan Peralihan dan T1



7 PEMBANGUNAN DIRI MURID
 * Kursus kepimpinan Pengerusi  & Penolong Pengerusi Kelas
*Program Selepas PMR
* Program Kaunseling Berfokus disiplin
*Minggu Adab Sopan





8 PROGRAM PENINGKATAN KESELAMATAN SEKOLAH 
* pROGRAM sekolah Selamat






9 PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
* Pemilihan Ahli Baru PRS
*Kursus Kemahiran Asas PRS
*Kem Kepimpinan PRS
* Lawatan sambil belajar
* Data PRS
* PEnerbitan buletin / pampet
* Laporan Perjumpaan
* Tandatangan Buku Kokurikulum
*Jamuan akhir tahun





10 BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING 
 * Konduktif Dan teraputik

  1. * Teratur Dan KEmas

8 January 2011

Orientasi

Pada setiap awal tahun, UBK akan mengadakan program orientasi untuk pelajar tingkatan 1 dan peralihan.
Tujuan perlaksanaan aktiviti ini ialah mempercepatkan pelajar dapat menyesuaikan diri dari aspek fizikal, mental, emosi dan sosial untuk meneruskan persekolahan.



Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti majlis suai kenal, latihan nyanyian dan sebagainya. Di samping itu, UBK akan memperkenalkan PRS kepada pelajar baru.


Apakah Peranan PRS