- Perkara paling asas dalam persediaan psikologi ialah menetapkan visi dan misi untuk jangka masa panjang, jangka masa sederhana, dan jangka masa pendek dari awal.
- Tetapkan visi dan misi di awal persekolahan perlu untuk anda mencapai kecemerlangan terutama sekali dalam peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, dan SPM.
- Visi ialah tanggapan atau pandangan yang jauh dan mendalam, terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan dan sebagainya. Manakala, misi pula ialah tugas khusus yang dipertanggungjawabkan kepada atau yang akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan.
- Buatlah perancangan masa depan, perancangan awal lebih baik dan sistematik berbanding dengan membuat rancangan secara tiba-tiba.
- Perancangan untuk menetapkan visi akan menfokuskan anda kepada target atau sasaran yang hendak dicapai dan berusaha untuk merealisasikan target anda sebagai satu kenyataan.
- Jika anda mempunyai visi dan tahu misi yang perlu dilakukan , anda akan lebih bersedia untuk mendapatkannya.
- Visi jangka masa pendek adalah untuk memahami apa yang dipelajari.
- Visi jangka masa sederhana adalah sentiasa Skor A dalam semua subjek.
- Visi jangka masa panjang adalah untuk mengekalkan skor A dalam semua subjek hingga tamat peperiksaan.
20 October 2011
Apakah Strategi Persediaan Psikologi Untuk Peperiksaan???
Persediaan psikologi adalah asas penting dalam hidup seorang pelajar untuk menghadapi peperiksaan. Selain daripada itu, belajar dan mengulang kaji juga perlu dilakukan untuk mencapai kecemerlangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment