1 October 2011

~Aktiviti- aktiviti UBK & PRS SMK CHWS~


  • Orientasi 
    Pada awal tahun, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan program Orientasi untuk pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan Peralihan. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membantu pelajar menyesuaikan diri dalam suasana persekolahan yang baru. Antara aktiviti yang dijalankan pada minggu orientasi adalah memberi pendedahan tentang misi dan visi sekolah, membawa pelajar untuk mengenali tempat-tempat baru, mendedahkan tentang sistem pentadbiran sekolah dan sebagainya. 



  • Reorientasi
   Warga sekolah SMK Chung Hwa Wei Sin terus dan sentiasa berhadapan dengan pelbagai masalah pendidikan yang semakin mencabar. Ia perlu dihadapi dengan matang, sabar, berilmu dan bijaksana. Usaha seperti reorientasi seumpama ini diharapkan merupakan di antara pencetus dan penggerak kepada banyak lagi usaha secara kolektif membimbing pelajar ke arah memperkasakan diri dan akal budi. Matlamat program ini adalah untuk mendedahkan pelajar-pelajar dengan maklumat-maklumat asas kokurikulum serta asas kendiri yang jelas demi memantapkan personaliti pelajar keseluruhannya dalam permulaan persekolahan tahun baru. Program ini memberi taklimat, ceramah, dan latihan kepada pelajar-pelajar.

  • Hari Kesedaran Kerjaya ARK 
    Perubahan ekonomi, globalisasi dan perubahan teknologi memberi kesan langsung terhadap dunia pekerjaan. Perubahan yang berlaku dalam dunia pekerjaan mempengaruhi pasaran kerja dan penawaran terhadap bidang latihan dan pendidikan di pusat-pusat latihan dan institusi pengajian tinggi.
    Sehubungan itu, usaha seperti Hari Kesedaran Kerjaya Ark adalah penting dalam membantu pelajar berhadapan dengan pelbagai isu perkembangan kerjaya. Program ini dijalankan untuk pelajar Tingkatan 5

.

  • Kem Kursus Asas PRS
    Khidmat pelajar membantu pelajar merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah. Bilangan pelajar yang ramai kadang-kala menyebabkan kaunselor pelajar tidak dapat memenuhi keperluan pelajar dari sudut perkhidmatan menolong. Pada ketika inilah PRS boleh memainkan peranan secara berterusan dan berkesan.
    Walau bagaimanapun, pertolongan tidak akan dapat dilakukan sekiranya PRS tidak dilatih dan dibimbing. Maka kursus ini dijalankan kepada ahli PRS yang baru untuk meningkatkan kemahiran diri dan menguasai kemahiran asas kaunseling.
    Tujuan program ini adalah untuk membimbing ahli PRS yang baru supaya menguasai kemahiran asas untuk membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif.
  • Kem Lanjutan PRS
    Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) merupakan satu program sokongan kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah di mana ianya cuba membantu memenuhi tuntutan pelajar. Dalam bidang akademik, peribadi, kerjaya, rohani, jasmani dan emosi sesuai dengan harapan Falsafah Pendidikan Negara. Adalah dijangkakan seseorang PRS yang terlatih akan mampu menjadi pemimpin pelapis di sekolah secara berkesan, bertinbangrasa serta peka terhadap perasaan dan reaksi rakan mereka.
   Kem Khusus Latihan Lanjutan PRS ini adalah berteruskan kepada wawasan untuk melahirkan ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang berdisiplin, berfikiran matang, bernilai moral tinggi, berpanduan jauh dan positif.
   Unit Bimbingan & Kaunseling bertanggungjawab melengkapkan para PRS untuk mengikutkan kem ini dengan tujuan untuk memurnikan dan melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai murni dan etika-etika yang harus ada pada seorang PRS.
   Pada 11-13 mac 2011, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Kem Lanjutan PRS di Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin. Matlamat kem ini diadakan untuk memimpin para PRS kearah hidup yang berkualiti berteruskan sifat-sifat murni, kemahiran bersosial dan berkomunikasi dengan berkesan supaya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa serta dapat membina sifat-sifat yang murni dan terpuji selaras dengan slogan sekolah 'SMKCHWS CEMERLANG BESTARI DAN PENYAYANG'

  • Expo Pendidikan
  Pada 16 jun 2011, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan Expo Pendidikan di Dewan Wee Beng Tang. Expo Pendidikan ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dan para guru dengan peluang-peluang melanjutkan pelajaran sama ada di IPTA atau IPTS.
  • Mesyuarat Agong Tahunan PRS
  Mesyuarat Agong dijalankan setiap tahun untuk memilih AJK baru dan untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan

No comments:

Post a Comment