Untuk seseorang itu berjaya bukanlah mudah, tetapi itu tidak bermakna jalan untuk kecemerlangan dan kejayaan itu susah. Akan tetapi setiap kecemerlangan itu terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi iaitu pengorbanan masa, wang, dan tenaga untuk memperolehinya. Oleh itu, di sini terdapat 6 faktor yang dapat mempengaruhi kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan.
- Persekitaran Belajar Yang Sesuai
- Persekitaran yang sesuai bermaksud persekitaran yang teratur dan terancang. Ini kerana semasa anda belajar atau mengambil peperiksaan, secara tidak langsung suasana yang aman, tenang, dan tenteram mampu mempengaruhi pemikiran anda.
- Di samping itu,pelajar juga perlu memastikan tiada gangguan semasa belajar, selesa, tidak terlalu panas dan sejuk, cahaya mencukupi, dan tampal gambar yang boleh menenangkan fikiran.(Pelajar beragama Islam digalakkan meletakkan meja menghadap ke arah kiblat)
- Motivasi Dan Sikap Positif Yang Tinggi
- 'Self-talk' merupakan salah satu cara bagaimana pelajar mengawal tindakan dan rangsangan kendiri supaya membentuk satu dorongan atau keinginan yang tinggi untuk berjaya.
- dorongan daripada ahli keluarga yang terdekat dapat membantu pelajar membina cita-cita. Kegagalan dan pengalaman lalu juga dapat membantu anda membentuk motivasi dan sikap positif yang tinggi supaya tidak terus mengulangi kegagalan masa lalu.
- Strategi Belajar Yang Efektif
- Strategi belajar ini termasuklah bagaimana membuat nota, membaca, mendengar, dan sebagainya. Pelajar dan guru boleh mengetahuinya dalam OHT 'Teknik Efektif Bijak Belajar'.
- Strategi Menghadapi Peperiksaan Yang Cemerlang
- strategi menghadapi peperiksaan yang teliti dan berkesan akan menjamin kecemerlangan kejayaan anda dalam peperiksaan. Persediaan dari awal akan menjadikan pelajar lebih yakin dan bersemangat, anda juga boleh menjawab dengan tenang dan jawapan anda juga lebih sistematik jika mengamalkan strategi ini.
- Riadah Dan Kesihatan Diri
- Amalkan bersenam setiap hari selama 30 minit untuk mengekalkan kesihatan badan dan pernafasan yang lebih lancar. Elakkan daripada punca penyakit seperti panas matahari yang melampau dan hujan yang menyebabkan demam, batuk, dan sebagainya yang boleh menghalang anda belajar dengan baik.
- Amalkan pemakanan yang seimbang dan mengandungi nutrien yang mencukupi untuk tumbesaran dan minda pelajar. Elakkan juga memakan makanan ringan yang mengandungi bahan pewarna dan perisa yang boleh membantutkan kecerdasan minda.
awesome :3
ReplyDelete