2 November 2011

TANGGUNGJAWAB GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA TERHADAP KLIEN



  • GBKSM bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien .


  • GBKSM hendaklah menghormati hak klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa menjalankan perkhidmatan melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang - orang di persekitaranya .


  • GBKSM hendaklah memahami  dan menghormati latar belakang sosio ekonomi klien serta menerima mereka tanpa syarat .


  • GBKSM hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien serta tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri .


  • GBKSM hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya .


  • GBKSM hendaklah merujuk klien kepada pihak yang berkaitan jika mengikut pertimbanganya klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakaranya . 

1 comment: