17 March 2011
Kem Kursus Asas PRS
Pada 15 Mac 2011, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Kem Kursus Asas PRS di Bilik Kaunseling Kelompok. kem ini diadakan khusus untuk pelajar yang baru menyertai PRS. Melalui kem ini, ahli baru PRS didedahkan tentang kemahiran asas yang perlu ada pada seorang PRS seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan sebagainya.
Pada tahun ini, terdapat 20 ahli yang menyertai PRS, iaitu 16 orang dari tingkatan satu, 2 orang dari tingkatan dua, seorang dari tingkatan tiga dan tingkatan empat. kesimpulannya, ahli baru PRS yang gemuruh untuk menyertai kem ini dapat memahami tugas dan tanggungjawab mereka sebagai seorang PRS.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment