PRS boleh dianggap sebagai “Kaunselor Sebaya” yang dilantik samada sukarela atau dipilih, mereka memberikan pertolongan kepada rakan-rakan sebaya dengannya. Mereka bukan ahli profesional tetapi berupaya menggunakan kemahiran asas kaunseling untuk menolong rakan.
PRS ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang rakan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas untuk member nasihat dan tidak menyelesaikan masalah rakan tetapi ia menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela memberikan khidmat dalam sistem sekolah.
PRS boleh diertikan sebagai Kaunselor Sebaya, Pembantu pelajar, Pembimbing Rakan, Peer Group Leader dsb.
Umumnya PRS boleh kita fahamkan bahawa mereka adalah sekumpulan pelajar biasa yang dipilih berdasarkan kepada ciri-ciri berikut:-
- Pelajar yang berminat melibatkan diri dalam aktiviti hubungan interpersonal yang berkesan.
- Mereka boleh terdiri daripada mewakili kelas, dorm ataupun individu.
- Mereka berpotensi untuk menjadi pemimpin dan berpotensi untuk berubah.
- Keistimewaan kepada mereka yang mempunyai kebolehan khas.
- Mereka mempunyai ciri-ciri menolong yang tinggi dan tidak mementingkan diri sendiri.
- Mereka yang berminat dengan hal-hal kemanusiaan.
- Mereka yang bersedia/berkeinginan untuk mempelajari sesuatu yang baru.
No comments:
Post a Comment