- Amanah
- Memberi pertolongan secara jujur dan ikhlas
- Tidak mengambil kesempatan
- Menghormati hak rakan berkongsi perasaan dan menerima tanpa prasangka
29 September 2011
Etika PRS....
20 September 2011
~Objektif & Matlamat PRS~
Membina pasukan PRS yang terlatih dalam member pertolongan kepada rakan.
Melatih PRS dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi dengan berkesan dengan rakan dan individu lain.
Membina satu perkhidmatan sokongan dalam Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam perkhidmatan ini.
6 September 2011
Apakah Fungsi PRS ???
- Golongan remaja boleh berkomunikasi dengan lebih berkesan antara mereka yang berumur sebaya atau hampir sebaya.
- Pengaruh rakan sebaya adalah lebih kuat daripada pengaruh orang dewasa.
- PRS yang berkesan dapat mendampingi rakan yang sukar didampingi oleh kaunselor pelajar atau guru-guru lain.
- Membantu melancarkan aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling.
- Menjadi pendengar yang peka/berkesan kepada curahan rasa hari dan memberikan sokongan emosi kepada rakan yang sedang dalam krisis (kepekaan).
30 August 2011
Siapa PRS????
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah mula ditubuhkan di semua sekolah menengah di Malaysia pada tahun 1987. PRS merupakan satu program sokongan kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah di mana ianya cuba membantu memenuhi tuntutan pelajar dalam bidang akademik, peribadi, kerjaya, rohani, jasmani dan emosi sesuai dengan harapan Falsafah Pendidikan Negara. Adalah dijangkakan seseorang PRS yang terlatih akan mampu menjadi pemimpin pelapis di sekolah secara berkesan, bertimbangrasa serta peka terhadap perasaan dan reaksi rakan mereka.
PRS boleh dianggap sebagai “Kaunselor Sebaya” yang dilantik samada sukarela atau dipilih, mereka memberikan pertolongan kepada rakan-rakan sebaya dengannya. Mereka bukan ahli profesional tetapi berupaya menggunakan kemahiran asas kaunseling untuk menolong rakan.
PRS ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang rakan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas untuk member nasihat dan tidak menyelesaikan masalah rakan tetapi ia menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela memberikan khidmat dalam sistem sekolah.
PRS boleh diertikan sebagai Kaunselor Sebaya, Pembantu pelajar, Pembimbing Rakan, Peer Group Leader dsb.

9 August 2011
Mesyuarat Agong PRS 2011
Mesyuarat Agong PRS 2011 telah dijalankan di bilik kauseling kelompok pada 8/8/2011. Pemilihan AJK telah dijalankan dan keputusan adalah berikut:
Pengerusi : Khor Boon Soon
Naib Pengerusi : Kho Jean Ee
Setiausaha : Tan Hwee Mun
Naib Setiausaha : Tok Yuin Chi
Bendahari : Phua Wei Yang
Naib Bendahari : Leow Jia Wen
AJK Tingkatan
AJK Tingkatan 2 : Tok Yuin Lin
AJK Tingkatan 3 : Chong Chian Yun
AJK Tingkatan 4 : Choy Yang Qun
AJK Tingkatan 5 : Michelle Chong Siew Yan
Subscribe to:
Posts (Atom)