- GBKSM hendakalh saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan profesionalismenya .
- GBKSM hendaklah menunjukan sikap menghormati , adil dan terbuka terhadap rakan profesionnya .
- GBKSM bertanggungjawab mengingatkan rakan profesional mengamalkan nilai-nilai dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang sepatutnya .
- GBKSM hendaklah bersedia membantu rakan profesional yang teranja .
- GBKSM hendaklah memahami dan menghormati unsur sosio budaya masyarakat .
- GBKSM hendaklah sentiasa memberi khidmat untuk memenuhi kehendak masyarakat dalam konteks pendidikan dan pembangunan murid .
- GBKSM bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien .
- GBKSM hendaklah menghormati hak klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa menjalankan perkhidmatan melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang - orang di persekitaranya .
- GBKSM hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio ekonomi klien serta menerima mereka tanpa syarat .
- GBKSM hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien serta tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri .
- GBKSM hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya .
- GBKSM hendaklah merujuk klien kepada pihak yang berkaitan jika mengikut pertimbanganya klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakaranya .
- Guru bimbingan kaunseling sepenuh masa ( GBKSM) hendaklah mematuhi undang - undang negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undang - undang tgersebut .
- GBKSM hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan intetinti sebagai seorang GBKSM / GBSM dan integriti profesyen .
- GBKSM hendaklah berusaha menilai dan meningakatkan pengatahuan , kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesyaenya.
- GPKSM hendak menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab , objektif dan jujur.
- GPKSM hendaklah diselia dan dinilai tugasnya oleh penyelia peofesional melalui penyeliaan lazim dan sokongan perunding .
VISI
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan konduksif di sekolah menjelang tahun 2015.
MISI
Untuk merealisasikan visi , kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya :
- Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan
- Melahirkan pelajar yang memounyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berhak mulia
- Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling
- Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar
- Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar
FALSAFAH
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap , berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek , jasmani , emosi , dan rohani serta beriman dan beramal soleh.