29 October 2011

Lawatan Sambil Belajar Ke Langkawi

UBK telah mangadakan lawatan sambil belajar ke langkawi pada 27-29 Oktober 2011. Aktiviti ini dijalakan adalah melepas tekanan selepas pemeriksaan PMR. Aktiviti ini telah menambah ilmu pengetahuan peserta. Peserta dapat memahami tentang sejarah Langkawi dan menikmati keindahan semula jadi.

25 October 2011

Hari Graduasi Ting.5 & 6 2011

Bagi memenuhi program tahunan akademik/kurikulum SMK CHWS, satu majlis rasmi iaitu ' Majlis Graduasi ' telah di adakan di Permai Inn Hotel pada 25/10/2011 



Majlis Graduasi ini telah dijalankan dengan lancar. Setiap pelajar Ting.5 & 6 telah diberi pakaian jubah 



22 October 2011

Lawatan Pegawai KPM sempena Penilaian Prngurusan & Pencapaian Kokurikulum 2011 peringkat Kebangsaan


Majlis menyambut panel-panel dari KPM.
Panel-panel mengambil duduk di bilik mesyuarat.










Sekolah SMK Chung Hwa Wei Sin telah mewakili negeri Terengganu menyertai Pertandingan Penilaian Prngurusan & Pencapaian Kokurikulum 2011. Banyak usaha dilalukan oleh semua warga sekolah.

Sekolah kita telah mendapat tempat keenam dalam pertandingan tersebut.




Video untuk membentang untuk panel-panel.

21 October 2011

PRS Annual Dinner 2011


 

Pada setiap tahun, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) akan mengadakan jamuan akhir tahun untuk memenuhi program tahunan kelab PRS. Oleh itu, pada 21/10/2011.. Jamuan akhir tahunan PRS telah diadakan.
Booklet & Door Gft telah disediakan
AJK PRS Annual Dinner dengan Cikgu Lucy

                                   
Jamuan akhir tahun ini juga adalah untuk menunjukkan sesuatu penghargaan kepada PRS ting.5 dan juga kepada AJK PRS 2011!
AJK 2011 & AJK 2012
Guru Kaunselor
Tujuan Dinner ini juga adalah untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada PRS ting.5 dan batch PRS kepada PRS yang baru.
Jamuan ini telah diadakan di Tanjung Vista Hotel yang terdapat dewan yang sangat besar.
 Dewan yang besar itu telah memberi ruangan yang besar kepada semua ahli PRS untuk mengambil gambar yang banyak dengan pelbagai "Pattern"
Pelbagai "alatan" untuk ambil gambar
Dewan juga telah dihiaskan
Ex-PRS juga telah dijemput untuk menghadir jamuan akhir tahun


Pelbagai pose!

20 October 2011

Apakah Strategi Persediaan Psikologi Untuk Peperiksaan???

Persediaan psikologi adalah asas penting dalam hidup seorang pelajar untuk menghadapi peperiksaan. Selain daripada itu, belajar dan mengulang kaji juga perlu dilakukan untuk mencapai kecemerlangan.

  1. Perkara paling asas dalam persediaan psikologi ialah menetapkan visi dan misi untuk jangka masa panjang, jangka masa sederhana, dan jangka masa pendek dari awal.
  2. Tetapkan visi dan misi di awal persekolahan perlu untuk anda mencapai kecemerlangan terutama sekali dalam peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, dan SPM.
  3. Visi ialah tanggapan atau pandangan yang jauh dan mendalam, terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan dan sebagainya. Manakala, misi pula ialah tugas khusus yang dipertanggungjawabkan kepada atau yang akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan.

13 October 2011

Faktor-faktor kecemerlangan peperiksaan ^^

Untuk seseorang itu berjaya bukanlah mudah, tetapi itu tidak bermakna jalan untuk kecemerlangan dan kejayaan itu susah. Akan tetapi setiap kecemerlangan itu terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi iaitu pengorbanan masa, wang, dan tenaga untuk memperolehinya. Oleh itu, di sini terdapat 6 faktor yang dapat mempengaruhi kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan.




  • Persekitaran Belajar Yang Sesuai 
  1.    Persekitaran yang sesuai bermaksud persekitaran yang teratur dan terancang. Ini kerana semasa anda belajar atau mengambil peperiksaan, secara tidak langsung suasana yang aman, tenang, dan tenteram mampu mempengaruhi pemikiran anda.
  2.    Di samping itu,pelajar juga perlu memastikan tiada gangguan semasa belajar, selesa, tidak terlalu panas dan sejuk, cahaya mencukupi, dan tampal gambar yang boleh menenangkan fikiran.(Pelajar beragama Islam digalakkan meletakkan meja menghadap ke arah kiblat) 
  • Motivasi Dan Sikap Positif Yang Tinggi
  1.    'Self-talk' merupakan salah satu cara bagaimana pelajar mengawal tindakan dan rangsangan kendiri supaya membentuk satu dorongan atau keinginan yang tinggi untuk berjaya.
  2.    dorongan daripada ahli keluarga yang terdekat dapat membantu pelajar membina cita-cita. Kegagalan dan pengalaman lalu juga dapat membantu anda membentuk motivasi dan sikap positif yang tinggi supaya tidak terus mengulangi kegagalan masa lalu.

1 October 2011

Bendera & Lencana Sekolah


Visi & Misi Sekolah


Matlumat & Lagu Sekolah


Lokasi Sekolah


~Aktiviti- aktiviti UBK & PRS SMK CHWS~


  • Orientasi 
    Pada awal tahun, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan program Orientasi untuk pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan Peralihan. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membantu pelajar menyesuaikan diri dalam suasana persekolahan yang baru. Antara aktiviti yang dijalankan pada minggu orientasi adalah memberi pendedahan tentang misi dan visi sekolah, membawa pelajar untuk mengenali tempat-tempat baru, mendedahkan tentang sistem pentadbiran sekolah dan sebagainya. 



  • Reorientasi
   Warga sekolah SMK Chung Hwa Wei Sin terus dan sentiasa berhadapan dengan pelbagai masalah pendidikan yang semakin mencabar. Ia perlu dihadapi dengan matang, sabar, berilmu dan bijaksana. Usaha seperti reorientasi seumpama ini diharapkan merupakan di antara pencetus dan penggerak kepada banyak lagi usaha secara kolektif membimbing pelajar ke arah memperkasakan diri dan akal budi. Matlamat program ini adalah untuk mendedahkan pelajar-pelajar dengan maklumat-maklumat asas kokurikulum serta asas kendiri yang jelas demi memantapkan personaliti pelajar keseluruhannya dalam permulaan persekolahan tahun baru. Program ini memberi taklimat, ceramah, dan latihan kepada pelajar-pelajar.

  • Hari Kesedaran Kerjaya ARK 
    Perubahan ekonomi, globalisasi dan perubahan teknologi memberi kesan langsung terhadap dunia pekerjaan. Perubahan yang berlaku dalam dunia pekerjaan mempengaruhi pasaran kerja dan penawaran terhadap bidang latihan dan pendidikan di pusat-pusat latihan dan institusi pengajian tinggi.
    Sehubungan itu, usaha seperti Hari Kesedaran Kerjaya Ark adalah penting dalam membantu pelajar berhadapan dengan pelbagai isu perkembangan kerjaya. Program ini dijalankan untuk pelajar Tingkatan 5