30 August 2011

Siapa PRS????

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah mula ditubuhkan di semua sekolah menengah di Malaysia pada tahun 1987. PRS merupakan satu program sokongan kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah di mana ianya cuba membantu memenuhi tuntutan pelajar dalam bidang akademik, peribadi, kerjaya, rohani, jasmani dan emosi sesuai dengan harapan Falsafah Pendidikan Negara. Adalah dijangkakan seseorang PRS yang terlatih akan mampu menjadi pemimpin pelapis di sekolah secara berkesan, bertimbangrasa serta peka terhadap perasaan dan reaksi rakan mereka.

PRS boleh dianggap sebagai “Kaunselor Sebaya” yang dilantik samada sukarela atau dipilih, mereka memberikan pertolongan kepada rakan-rakan sebaya dengannya. Mereka bukan ahli profesional tetapi berupaya menggunakan kemahiran asas kaunseling untuk menolong rakan.

PRS ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang rakan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas untuk member nasihat dan tidak menyelesaikan masalah rakan tetapi ia menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela memberikan khidmat dalam sistem sekolah.

PRS boleh diertikan sebagai Kaunselor Sebaya, Pembantu pelajar, Pembimbing Rakan, Peer Group Leader dsb.

9 August 2011

Mesyuarat Agong PRS 2011

Mesyuarat Agong PRS 2011 telah dijalankan di bilik kauseling kelompok pada 8/8/2011. Pemilihan AJK telah dijalankan dan keputusan adalah berikut: Pengerusi : Khor Boon Soon Naib Pengerusi : Kho Jean Ee Setiausaha : Tan Hwee Mun Naib Setiausaha : Tok Yuin Chi Bendahari : Phua Wei Yang Naib Bendahari : Leow Jia Wen AJK Tingkatan AJK Tingkatan 2 : Tok Yuin Lin AJK Tingkatan 3 : Chong Chian Yun AJK Tingkatan 4 : Choy Yang Qun AJK Tingkatan 5 : Michelle Chong Siew Yan