30 September 2011

Buletin Xinyi

Buletin Xinyi merupakan salah satu buletin yang dikeluarkan pada setiap bulan. Buletin ini mengandungi pelbagai info-info yang terkini sebagai panduan untuk pelajar dalam kurikulum dan kokurikulum. Di samping itu, buletin ini juga ada berbagai-bagai cerita yang membawa makna yang amat penting dalam kehidupan kita. Di dalam juga terdapat ruang-ruang untuk hasil-hasil pelajar.

29 September 2011

Etika PRS....


  1. Amanah
  2. Memberi pertolongan secara jujur dan ikhlas
  3. Tidak mengambil kesempatan
  4. Menghormati hak rakan berkongsi perasaan dan menerima tanpa prasangka

20 September 2011

~Objektif & Matlamat PRS~


  • Membina pasukan PRS yang terlatih dalam member pertolongan kepada rakan.
  • Melatih PRS dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi dengan berkesan dengan rakan dan individu lain.
  • Membina satu perkhidmatan sokongan dalam Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam perkhidmatan ini.

6 September 2011

Apakah Fungsi PRS ???


  1. Golongan remaja boleh berkomunikasi dengan lebih berkesan antara mereka yang berumur sebaya atau hampir sebaya.
  2. Pengaruh rakan sebaya adalah lebih kuat daripada pengaruh orang dewasa.
  3. PRS yang berkesan dapat mendampingi rakan yang sukar didampingi oleh kaunselor pelajar atau guru-guru lain.
  4. Membantu melancarkan aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling.
  5. Menjadi pendengar yang peka/berkesan kepada curahan rasa hari dan memberikan sokongan emosi kepada rakan yang sedang dalam krisis (kepekaan).

Perasmian Dewan Baru SMKCHWS

Sekolah SMKCHWS telah merasmikan dewan baru pada 4/9/2011.